1)Kelas MS Word – Printscreen & Paste to MS Word
Tarikh : 19 JULAI 2017
Masa : 11.48 a.m - 12.48 p.m
Lokasi : Pusat Internet Kg Kandis
Peserta : Guru Tadika (Wanita)
TUJUAN / AKTIVITI
Guru tadika diajar cara printscreen imej di Google kemudian disalin di MS Word. Imej tersebut adalah untuk RPH harian tadika.
2) Kelas Intel Easy Steps
Tarikh : 22 JULAI & 29 JULAI 2017
Masa : 9 a.m - 1 p.m
Lokasi : Pusat Internet Kg Kandis
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
TUJUAN / AKTIVITI
Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar sekolah menengah mengenai asas kemahiran komputer seperti menaip di MS Word, membuat risalah di MS Publisher, mengira kos untung di MS Excel dan banyak lagi. Di akhir kelas, peserta sudah mempunyai kemahiran komputer beserta kemahiran pencarian maklumat yang betul.
==> MODUL 1-5 pada 22 JULAI 2017
==> MODUL 6-10 pada 29 JULAI 2017
3) Kelas Multimedia - Membuat dan mengedit video
Tarikh : 29 JULAI 2017
Masa : 3 p.m - 4 p.m
Lokasi : Pusat Internet Kg Kandis
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
TUJUAN / AKTIVITI
Asas membuat serta mengedit video diajar kepada peserta. Software yang digunakan ialah Movie Maker. Peserta diberi tajuk berkenaan Buah-buahan Tempatan dan diminta membuat video menggunakan imej yang dicari di laman web Google. Kemudian video diedit mengikut masa yang bersesuaian.