1)Hari Sukan Negara 2017
Tarikh : 10 OKTOBER 2017
Masa : 8 a.m - 12 p.m
Lokasi : Perkarangan Perpustakaan Desa Kg Telong
Peserta : Pelajar PASTI Kg Telong & Tadika Intelek Bistari
*******************************************GAMBAR DI SINI************************************************
TUJUAN / AKTIVITI
HSN 2017 ini dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Kg Telong dengan kerjasama Tadika Intelek Bistari, PASTI Kg Telong & PI Kg Kandis. Sukaneka yang dijalankan adalah mencari gula-gula dalam tepung, mengisi air dalam botol dan senam robik beramai-ramai. Hadiah untuk para pemenang disediakan oleh pihak penganjur.
2)Kelas Komputer kerjasama dengan GIATMARA Bachok (Sesi Okt 2017)
Tarikh : 12 & 19 OKTOBER 2017
Masa : 12 p.m - 1p.m
Lokasi : PI Kg Kandis
Peserta : Pelajar GIATMARA Bachok
*********************************************GAMBAR DI SINI**********************************************
TUJUAN / AKTIVITI
Kelas komputer pada kali ini pelajar diajar menggunakan MS Word & MS Excel. Fokus pengajaran adalah pada cara memasukkan table dan menaip di dalam table. Disertai oleh 10 orang peserta dan diadakan selama 2 sesi iaitu sesi pertama pada 12 Oktober 2017 manakala sesi seterusnya pada 19 Oktober 2017.
3)Kerja Kursus Sejarah & Sains Ting. 1
Tarikh : 27 OKTOBER 2017
Masa : 2.45 - 5.45 p.m
Lokasi : PI Kg Kandis
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
*********************************************GAMBAR DI SINI**********************************************
TUJUAN / AKTIVITI
Para pelajar diajar cara mencari maklumat berkaitan yang betul dengan subjek Sejarah & Sains Tingkatan 1. Kemudian, info yang diperolehi disalin di MS Word untuk dijadikan helaian selain sumber rujukan yang dipercayai.
4)Permohonan Ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik 2018
Tarikh : 28 OKTOBER 2017
Masa : 3.15 - 4.15 p.m
Lokasi : PI Kg Kandis
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
*********************************************GAMBAR DI SINI**********************************************
TUJUAN / AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara-cara mengisi borang permohonan atas talian. Selain itu, peserta juga diberi penerangan berkenaan syarat umum,pilihan sekolah dan kursus yang bakal diambil berdasarkan keputusan PT3 kelak.