1)Kelas MS Word - Surat Rasmi
TARIKH : 15 JANUARI 2018 MASA : 4 - 5 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Menaip surat rayuan rasmi ke Kolej Vokasional.
AKTIVITI
Peserta merupakan pelajar Tingkatan 4 dan tidak berjaya untuk kemasukan ke Kolej Vokasional ambilan 2018. Peserta telah membuat surat rayuan rasmi kepada Pengetua Kolej Vokasional. Peserta juga melayari Internet untuk merujuk format surat rayuan rasmi.
2)Kelas Penyediaan Portfolio DKM - NOSS
TARIKH : 20 JANUARI 2018 MASA : 10 AM - 5 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Menunjukkan cara susunan dan penyediaan Portfolio DKM - NOSS.
AKTIVITI
Peserta telah didedahkan dengan penyediaan portfolio secara lengkap dan teliti oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam DKM - NOSS. Selain itu, peserta turut memuat turun borang yang berkaitan di internet serta menggunakan perkhidmatan fotostat dan mencetak untuk aktiviti dokumentasi portfolio mereka.
3)Pengenalan Komputer (Prasekolah)
TARIKH : 25 JANUARI 2018 MASA : 9 - 10 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 12 ORANG |
TUJUAN
Memberi tunjuk ajar kepada pelajar prasekolah mengenai komponen komputer.
AKTIVITI
Sesi latihan ini melibatkan pelajar prasekolah dari Tadika Intelek Bistari iaitu seramai 12 orang. Kelas ini diadakan 2 sesi dan setiap sesi adalah selama 30 minit. Peserta telah diajar mengenali peralatan komputer dan dibawa melawat sekitar Pusat Internet Kg Kandis. Kemudian, sesi soal jawab berlangsung untuk menguji kefahaman pelajar mengenai peralatan komputer.