1)Asas MS Powerpoint - Pelajar Sekolah Rendah
TARIKH : 05 JANUARI 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Latihan membuat slide presentation.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai tajuk dan aktiviti yang perlu dibuat. Diberi masa selama sejam untuk menghasilkan slide presentation berdasrkan tajuk yang telah diberikan.
2)Canva - Poster
TARIKH : 07 JANUARI 2019 MASA : 10.15 - 11.15 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Membuat poster untuk kegunaan berniaga dan muatnaik di media sosial sebagai promosi.
AKTIVITI
Peserta telah mendaftar secara percuma di Canva menggunakan emel dan memilih template yang disediakan secara percuma untuk membuat poster. Peserta turut muatnaik gambar untuk diletakkan di dalam poster supaya kelihatan menarik.
3)Program Hari Kesihatan Komuniti Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
TARIKH : 18 JANUARI 2019 MASA : 9 AM - 3.30 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : SEMUA GOLONGAN |
TUJUAN
- 1. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang serta penyakit berkaitan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
- 2. Eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat.
- 3. Meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti.
- 4. Memupuk gaya hidup sihat yang optimum di kalangan komuniti.
AKTIVITI
Pemeriksaan kesihatan berkaitan buah pinggang, Taklimat kesihatan berkenaan kepentingan menjaga buah pinggang serta khidmat saringan pendengaran dan pemeriksaan telinga oleh wakil INNOHEAR Pantai Timur.