1)Latihan MS Word - Insert Shapes & Artword

 

  TARIKH    :  02 OGOS 2019

  MASA       :  11 AM - 12 PM

  LOKASI    :  PI KG KANDIS                                                                                           

  PESERTA : 2 ORANG

 

TUJUAN

Melatih peserta memasukkan bentuk dan memilih bentuk perkataan yang dikehendaki semasa membuat latihan MS Word.

AKTIVITI

Peserta diajar mengenai cara memasukkan bentuk serta memilih bentuk perkataan yang sesuai untuk membuat poster. Bentuk yang dipilih adalah yang jarang digunakan agar peserta tahu kewujudan bentuk-bentuk lain selain daripada segi empat, bulat, segi tiga dan lain-lain,

GAMBAR DI SINI

2)Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan 2019

 

  TARIKH    :  22 OGOS 2019

  MASA       :  9 AM - 1 PM

  LOKASI    :  PI KG KANDIS                                                                                           

  PESERTA : 110 ORANG (SEMUA GOLONGAN)

 

TUJUAN

Merupakan program tahunan kedua PI Kg Kandis, Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan 2019 ini memfokuskan kelestarian PI sebagai pusat ICT dan kesihatan, merapatkan hubungan dan kerjasama PI dengan komuniti setempat, Agensi Kerajaan/Swasta, MPKK, NGO, sekaligus mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari program adalah pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Kandis & KOSPEN, demontrasi menggosok gigi dan pameran penjagaan kesihatan pergigian oleh Klinik Pergigian Bachok, semakan dan pendaftaran i-Suri oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pertandingan mewarna, kuiz Klik Dengan Bijak, kuiz ICT Amalan Hidup Sihat, kuiz perkakasan komputer, sukaneka kupas kulit buah epal dan menyusun puzzle. Program juga turut diserikan dengan cabutan bertuah. 

GAMBAR DI SINI