TARIKH : 05 JANUARI 2020 - 12 JANUARI 2020 MASA : 11 AM - 12 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan MS Office 2010 dan kegunaan internet dalam kerja kursus.
AKTIVITI
Peserta merupakan lepasan sekolah yang datang mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Kandis untuk menyertai kelas asas komputer dan pengenalan internet. Di zaman serba canggih ini, kemahiran menguasai komputer amat diperlukan untuk kerja seharian tidak kira pelajar ataupun pekerja. Peserta diajar mengenai MS Office Word, Powerpoint dan Excel serta membuat emel untuk kemudahan masa hadapan.