TARIKH : 09 MAC 2023 MASA : 10:00 AM - 11:20 AM & 11:30 AM - 12:50 PM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 8 ORANG (SESI 1) 10 ORANG (SESI 2) |
TUJUAN
Memberikan peluang kepada para peserta untuk mempelajari cara membuka atau mendaftar akaun shopee supaya dapat menjalankan perniagaan atas talian menggunakan aplikasi shopee.
AKTIVITI
Peserta membuka akaun shopee dan mendaftar dengan memasukkan emeil. peserta mempelajari asas dalam penggunaan shopee serta cara untuk berkongsi link shopee. Peserta diajar cara-cara untuk membuka akaun kedai di dalam shopee seller center serta cara-cara untuk memasukkan produk mereka ke dalam shopee untuk tujuan pemasaran.
TARIKH : 08 MAC 2023 MASA : 03:20 PM - 04:20 PM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Mendedahkan kepada para peserta cara untuk membuat suntingan imej dengan menggunakan paint serta menilai tahap kreatif pelajar.
AKTIVITI
Peserta diajar untuk membuat penyuntingan menggunakan shape yang ada di microsoft word supaya dapat melatih para peserta untuk berfikiran dengan lebih kreatif dalam menciptakan satu bentuk imej. Peserta juga diajar untuk memasukkan warna pada lukisan imej yang dibuat.
TARIKH : 15 DIS 2022 MASA : 10 AM - 11 AM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Mempromosi video Klik Dengan Bijak berkenaan kesdaran di internet dan buli siber.
AKTIVITI
Peserta menonton video KDB dan kemudiannya menjawab kuiz Kahoot KDB secara atas talian.
TARIKH : 08 MAC 2023 MASA : 10:30 AM - 11:30 AM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Memberikan pendedahan serta kemahiran kepada peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word dalam menciptakan jadual.
AKTIVITI
Peserta diajarkan cara untuk membuat kotak jadual dengan betul. Peserta juga diajarkan untuk menggunakan tulisan dalam bentuk terbalik dan juga memasukkan warna pada setiap kotak jadual.
TARIKH : 12 DIS 2022 MASA : 3 PM - 4 PM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Set semula kata laluan dan mendapatkan penyata di RHB Online Banking.
AKTIVITI
Peserta set semula kata laluan online banking. Kemudian, muat turun penyata bank mengikut bulan seterusnya mencetak penyata untuk rujukan.