KEUSAHAWANAN (1) - FATIMAH BINTI AZMI
Usahawan Online ChocoCrispy
Nama : Fatimah binti Azmi Umur : 21 tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Merupakan seorang mahasiswa di UMP. Baru berjinak-jinak dalam perniagaan secara dalam talian dengan menjual snek ringan - ChocoCrispy.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan hanya berfokus pada rakan-rakan terdekat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai latihan dan kelas keusahawanan yang dijalankan, Fatimah kini yakin untuk mempromosi produk jualan beliau di Facebook beliau. Beliau membuat posting mengenai produk beliau setiap hari mengikut jadual yang ditentukan olehnya supaya target audiennya mengetahui mengenai produk beliau.
KEUSAHAWANAN (2) - NOR SYAMIMI BINTI SABRI
Usahawan Kedai Jahitan Mimiey Design & Collection
Nama : Nor Syamimi binti Sabri Umur : 25 tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Merupakan lepasan diploma yang mempunyai minat menjahit dan akhirnya berjaya membuka kedai jahit pakaian di Kg Badak Melawi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kurang pengetahuan dalam mempromosi kedai jahit dan hanya bergantung pada kawan-kawan sekeliling untuk mempromosi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendaftar di PI dan menjadi ahli, beliau menyertai kelas latihan keusahawanan dan didedahkan cara mempromosi di media sosial serta cara membuat page FB untuk kedai beliau.
CELIK IT - MOHD SAIFUL AMRI B SHARUN AMRI
Belajar asas komputer, menaip serta asas pencarian maklumat di Internet
Nama : Mohd Saiful Amri b Sharun Amri Umur : 11 tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Merupakan pelajar Tahun lima di SK Kandis. Datang ke PI, semata-mata mengikut rakan dan menonton cerita kartun di Youtube.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau kurang pendedahan mengenai asas komputer dan fungsi Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saiful sudah mempunyai asas komputer setelah beberapa kali menyertai kelas asas komputer dan asas Internet yang diadakan. Dengan bimbingan petugas PI, Saiful kini telah menguasai MS Word, Gmail dan MS Powerpoint serta MS Excel.