KEUSAHAWANAN (1) - UMMI FARTINI BINTI MAT HUSIN

Usahawan Online Tudung HaydaScarf

Nama : Ummi Fartini binti Mat Husin

Umur : 21 tahun

Ahli    : 2017

 

Latar belakang

          Merupakan lepasan Giatmara Bachok dalam kursus Fashion & Design. Baru berjinak dengan jualan atass talian dengan menjadi dropship Tudung Hayda Scarf.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

           Penjualan hanya berfokus pada rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

          Selepas menyertai latihan dan kelas keusahawanan yang dijalankan, Ummi Fartini kini yakin untuk mempromosi produk jualan beliau di Facebook beliau. Beliau membuat posting mengenai produk beliau setiap hari mengikut jadual yang ditentukan olehnya supaya target audiennya mengetahui mengenai produk beliau.

 

KEUSAHAWANAN (2) - NOR FATIHAH BINTI WAHAB

Usahawan Kosmetik

Nama : Nor Fatihah binti Wahab

Umur : 23 tahun

Ahli    : 2017

 

Latar belakang

          Merupakan lepasan ijazah dari UITM dan sedang mencari pekerjaan tetap. Menjadi dropship produk kecantikan untuk menjana pendapatan secara kecil kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

           Kurang pengetahuan dalam mempromosi produk jualan dan hanya bergantung pada kawan-kawan sekeliling untuk mempromosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

          Selepas mendaftar di PI dan menjadi ahli, beliau menyertai kelas latihan keusahawanan dan didedahkan cara mempromosi di media sosial serta cara membuat page FB untuk kedai beliau.

 

CELIK IT - MOHD HAIKAL BIN RAZAK

Belajar asas komputer, menaip serta asas pencarian maklumat di Internet

Nama  : Mohd Haikal bin Razak

Umur   : 10 tahun

Ahli      : 2015

 

Latar belakang

    Merupakan pelajar Tahun Empat di SK Kandis. Datang ke PI, semata-mata mengikut abang membuat kerja sekolah dan menonton cerita kartun di Youtube.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

          Beliau kurang pendedahan mengenai asas komputer dan fungsi Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

          Haikal sudah mempunyai asas komputer setelah beberapa kali menyertai kelas asas komputer dan asas Internet yang diadakan. Dengan bimbingan petugas PI, Haikal kini telah menguasai MS Word, Gmail dan MS Powerpoint serta MS Excel.