USAHAWAN ONLINE PRODUK KECANTIKAN

Nama : Cik Harque

Umur : 24  tahun

Ahli    : 2019

 

Latar belakang

           Merupakan seorang peniaga atas talian yang menjual produk kecantikan wanita iaitu Fara Beauty Lens.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

           Penjualan hanya berfokus pada rakan-rakan terdekat dan komuniti sekitar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

           Sedar akan perkembangan semasa seperti penggunaan media sosial sebagai platform menjual secara atas talian, Cik Harque mengambil langkah bijak dengan menyertai kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet Kandis. Selepas penggunaan ICT dan melalui kelas keusahawanan, beliau sudah mahir menggunakan media sosial seperti FB dan Instagram untuk mempromosi produk jualan beliau. Selain itu,beliau juga turut menyertai kelas pemasaran yang dianjurkan oleh influencer terkenal di media sosial.