USAHAWAN ONLINE MINYAK URUT
Nama : Nor Suryanty Binti Sukri Umur : 37 tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Merupakan ahli aktif PI Kandis dan sering menyertai program dan pertandingan yang dianjurkan oleh PI Kandis.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan hanya berfokus pada rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai latihan dan kelas keusahawanan yang dijalankan, Cik Suryanty kini yakin untuk mempromosi produk jualan beliau di platform Shopee. Beliau membuat "boost" produk beliau setiap hari mengikut jadual yang ditentukan olehnya supaya target audiennya mengetahui mengenai produk beliau.
Nama : Nurul Subaikah binti Mat Dani Umur : 18 tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Seorang pelajar tingkatan Enam di SMK Badak dan tinggal berdekatan dengan PI Kg Kandis.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan di PI sekadar pengguna biasa yang datang untuk mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan dan membuat resume untuk jawatan kosong.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beberapa kali menyertai kelas komputer yang diadakan, Nurul kini dapat menguasai asas komputer dan asas Internet serta dapat mengendalikan komputer untuk kegunaan harian dalam menyiapkan tugasan.
USAHAWAN ONLINE PEMBUATAN PERABOT
Nama : Puan Jamilah binti Ramli Umur : 44 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Kandis yang mengusahakan perniagaan pembuatan perabot (customade) bersama suami.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beralih menggunakan media sosial, beliau mengambil tempahan melalui whatsapp dan panggilan telefon.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kepentingan pemasaran di media sosial, Puan Jamilah menyertai kelas usahawan di Pusat Internet Kandis. Beliau diajar cara membuat pemasaran menggunakan FB Page, copywriting yang bagus serta cara-cara mengira dan merekod keuntungan dan jualan menggunakan MS Excel.
DROPSHIP PAKAIAN JENAMA HASNURI
Nama : Puan Siti Aminah Umur : 35 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Beliau seorang supervisor di Stesen Minyak dan menjalankan perniagaan online sebagai sampingan dengan menjadi dropship pakaian jenama Hasnuri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas keusahawanan, Puan Siti hanya mempromosi melalui whatsapp.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kepentingan pemasaran di Facebook, Puan Siti menyertai kelas usahawan di Pusat Internet Kandis. Beliau diajar cara membuat pemasaran menggunakan FB Page, copywriting yang bagus serta cara-cara mengira dan merekod keuntungan dan jualan menggunakan MS Excel.
Nama : Ibtisam bt Ariff Umur : 19 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Merupakan pelajar Tahun 2 Diploma di Politeknik Hulu Terengganu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan di PI sekadar pengguna biasa yang datang untuk melayari internet dan menyertai kelas komputer untuk persediaan memasuki IPT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beberapa kali menyertai kelas komputer yang diadakan, Ibtisam kini dapat menguasai asas komputer dan asas Internet serta dapat mengendalikan komputer untuk kegunaan harian di IPT.