TARIKH : 16 OKTOBER 2020 MASA : 10 AM - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan mengenai fungsi MS Word dan cara menggunakan MS Word.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai MS Word dan diajar menggunakan fungsi MS Word satu per satu sehingga mahir dan mampu menyelesaikan tugasan yang diberi oleh petugas.
TARIKH : 03 OKTOBER 2020 MASA : 9 AM - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Mengemaskini gambar produk dan penerangan produk serta mengubah tetapan di platform Shopee.
AKTIVITI
Peserta log masuk ke Shopee Seller Center dan menambah gambar produk dan memasukkan penerangan yang bersesuaian dengan produk yang dipasarkan di paltform Shopee.
TARIKH : 03 SEPTEMBER 2020 MASA : 10 AM - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara cara menyimpan imej daripada laman web Google.
AKTIVITI
Peserta menaip kata kunci berkenaan imej yang hendak dicari di browser dan memilih imej serta menyimpan imej di dalam folder khusus.
TARIKH : 20 SEPTEMBER 2020 MASA : 2.30 PM - 3.30 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Evendor adalah satu inisiatif Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk memudahkan pendaftaran vendor yang berurusan dengan Kerajaan Malaysia.
AKTIVITI
Peserta mendaftar sebelum log masuk. Selepas log masuk, peserta mengemaskini maklumat yang dikehendaki dan klik butang hantar. Maklumbalas diberikan melalui emel dan peserta mencetak maklumat yang telah disahkan untuk rujukan masa depan.
TARIKH : 05 & 08 OGOS 2020 MASA : 2.30 PM - 4.30 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 6 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada usahawan baru mengenai platform e-dagang, Shopee untuk menjual produk mereka.
AKTIVITI
Peserta dikehendaki mendaftar akaun Shopee terlebih dahulu. Kemudian diberi penerangan mengenai fungsi seorang penjual di Shopee dan pada masa yang sama memuatnaik produk yang ingin dijual.