TARIKH : 05 JANUARI 2020 - 12 JANUARI 2020 MASA : 11 AM - 12 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan MS Office 2010 dan kegunaan internet dalam kerja kursus.
AKTIVITI
Peserta merupakan lepasan sekolah yang datang mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Kandis untuk menyertai kelas asas komputer dan pengenalan internet. Di zaman serba canggih ini, kemahiran menguasai komputer amat diperlukan untuk kerja seharian tidak kira pelajar ataupun pekerja. Peserta diajar mengenai MS Office Word, Powerpoint dan Excel serta membuat emel untuk kemudahan masa hadapan.
TARIKH : 18 DISEMBER 2019 MASA : 11.30 AM - 12.30 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Mencipta dan mengedit video untuk majlis tahunan.
AKTIVITI
Peserta merupakan pelajar Giatmara dan ditugaskan untuk membuat video untuk majlis tahunan. Peserta memilih gambar yang bersesuaian dan memuatnaik ke komputer untuk diletakkan di dalam file. Peserta kemudiannya memasukkan gambar ke dalam perisian Movie Maker untuk mengedit dan meletakkan animasi serta lagu yang bersesuaian dengan tema video yang telah dipilih.
TARIKH : 18 NOVEMBER 2019 MASA : 2 PM - 4 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Membuat permohonan online untuk pengambilan ke Institusi di bawah MARA seperti IKM, KKTM dan KPM. Kursus yang ditawarkan adalah kursus Sijil dan Diploma berasaskan kemahiran (TVET).
AKTIVITI
Peserta mendaftar sebagai pengguna sebelum mengisi maklumat. Kemudian, peserta membuat carian kursus yang bersesuaian berdasarkan minat dan keputusan peperiksaan SPM yang lepas. Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Disember 2019. Peserta boleh mengemaskini maklumat sebelum 13 Disember 2019.
TARIKH : 09 DISEMBER 2019 MASA : 2 PM - 3 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Membuat surat rasmi mengikut format yang betul dan tujuan yang diinginkan.
AKTIVITI
Peserta membuat carian logo untuk diletakkan di kepala surat kemudian menaip isi kandungan surat rasmi dengan bantuan Google dan rakan.
TARIKH : 01 NOVEMBER 2019 MASA : 10 AM - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melatih peserta membiasakan jari untuk menaip secara efisien dan pantas dalam masa yang ditetapkan.
AKTIVITI
Peserta diberikan lampiran perkataan untuk menaip dan membuat latihan dalam masa yang telah ditetapkan. Peserta bertanyakan soalan semasa membuat latihan.