1)Asas MS Excel - Lepasan Sekolah
TARIKH : 10 JUN 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Membiasakan peserta dengan fungsi dan menu MS Excel.
AKTIVITI
Peserta diajar mengenai fungsi MS Excel dan diberikan lembaran kerja untuk penerangan sesuatu fungsi. Peserta juga bertanyakan soalan sekiranya tidak faham fungsi/menu di dalam MS Excel.
2)Latihan MS Office Word, Powerpoint & Excel 2010 - Pelajar Giatmara
TARIKH : 13 JUN 2019 MASA : 11 AM - 1 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 20 ORANG |
TUJUAN
Melihat dan mengukur kefahaman pelajar giatmara dalam MS Office 2010 selepas menghadiri kelas komputer selama 4 minggu.
AKTIVITI
Peserta diberikan lembaran kerja yang mengandungi latihan yang merangkumi MS Word, Powerpoint & Excel. Peserta dikehendaki membuat latihan tersebut dan diberikan masa tertentu untuk menyiapkan setiap latihan.
1)Latihan MS Excel
TARIKH : 03 MEI 2019 MASA : 2.30 - 3.30 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Membiasakan peserta dengan fungsi dan menu MS Excel.
AKTIVITI
Peserta diberi lembaran kerja dan mula membuat latihan. Peserta juga bertanyakan soalan sekiranya tidak faham fungsi/menu di dalam MS Excel.
2)Penghasilan Video Movie Maker
TARIKH : 15 MEI 2019 MASA : 10 - 11 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Mencipta video menggunakan perisian Movie Maker.
AKTIVITI
Peserta mencari bahan di Internet berdasarkan tajuk yang diberi. Kemudian mengimport bahan tersebut ke Movie Maker untuk menghasilkan video. Selain itu, muzik turut dimasukkan sebagai penyeri kepada video yang dihasilkan.
1)Pendaftaran Online Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
TARIKH : 03 MAC 2019 MASA : 10 AM - 12 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 18 ORANG |
TUJUAN
Mendaftar secara online di laman web Sistem Kredit Kemahiran Malaysia (SKKM) untuk tujuan pengurusan dan pemantauan pelaksanaan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai laman web SKKM serta fungsinya.Peserta dikehendaki mendaftar sebagai pengguna SKKM terlebih dahulu sebelum proses seterusnya boleh dilakukan. Untuk permulaan, permohonan PPT secara Mengikut Tahap (MT) & Single-Tier (ST) boleh dipohon melalui sistem ini.
2)Latihan Menaip MS Word Pelajar Giatmara Bachok
TARIKH : 07 MAC 2019 MASA : 10 AM - 1 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 21 ORANG |
TUJUAN
Melatih peserta menaip secara pantas dan fleksibel mengikut format handout yang diberikan.
AKTIVITI
Peserta seramai 21 orang diberi handout yang mengandungi beberapa perenggan yang berbeza untuk ditaip di MS Word. Setiap perenggan yang ditaip mestilah mengikut format yang diberikan supaya peserta mahir dalam menaip di MS Word.
3)Asas MS Word
TARIKH : 18 MAC 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan tentang MS Office Word kepada lepasan sekolah untuk kegunaan masa hadapan.
AKTIVITI
Peserta merupakan lepasan SPM yang datang mendaftar sebagai ahli untuk menyertai kelas komputer di PI Kandis. Peserta diberi pendedahan mengenai MS Word dan diberi tunjuk ajar mengenai fungsi yang terdapat pada MS Word. Kemudian, peserta diberi latihan untuk membiasakan menggunakan fungsi MS Word.
1)Permohonan UPU Lepasan SPM/STPM
TARIKH : 01 APRIL 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Memudahkan urusan pelajar lepasan SPM/STPM membuat permohonan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi.
AKTIVITI
Peserta mendaftar di laman web UPU Online menggunakan no kad pengenalan dan no pin yang dibeli di BSN. Kemudian, mereka mengisi maklumat peribadi dan memilih IPTA yang diminati berdasarkan keputusan peperiksaan SPM dan STPM yang diperolehi. Permohonan UPU ini boleh dikemaskini sebanyak 3 kali selepas mendaftar sebelum tarikh tutup permohonan.
2)Hari Bersama Komuniti 2019 PI Kandis
TARIKH : 15 APRIL 2019 MASA : 10 - 4 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 135 ORANG |
TUJUAN
- Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti
- Mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi, MPKK dan NGO.
- Mewujudkan persekitaran komuniti mesra ICT dan teknologi.
AKTIVITI
Merupakan program tahunan Pusat Internet, program ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara Pusat Internet Kandis dengan komuniti sekitar sekaligus mewujudkan persekitaran yang mesra ICT. Antara aktiviti dan pertandingan yang diadakan pada Hari Bersama Komuniti tahun ini ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi seperti PTPTN, AMKIST dan Perpustakaan Desa Telong, taklimat keusahawanan, bengkel penghasilan video, pertandingan origami, kuiz ICT Portal PI, kuiz Kahoot dan banyak lagi. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkifli selaku Pengerusi PH Parlimen Bachok.
1)Kelas Asas Komputer Pelajar F&D Giatmara Sesi 2019
TARIKH : 07 FEBRUARI 2019 MASA : 10 AM - 1PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 20 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan tentang Asas Komputer dan Internet kepada pelajar kemahiran di Giatmara Bachok.
AKTIVITI
Peserta seramai 20 orang diajar mengenai asas komputer dan kemudiannya diberi penerangan mengenai fungsi MS Word.
2)Motion Effects MS Powerpoint
TARIKH : 17 FEBRUARI 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan tentang fungsi asas Animasi dalam MS Powerpoint.
AKTIVITI
Peserta seramai 2 orang yang merupakan lepasan sekolah. Mereka diajar mengenai asas animasi MS Powerpoint.
3)Literasi Maklumat - OPAC
TARIKH : 18 FEBRUARI 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan tentang pencarian maklumat yang betul pada Online Public Access Catalog (OPAC) perpustakaan awam.
AKTIVITI
Peserta seramai 2 orang yang merupakan lepasan sekolah. Mereka diajar cara mencari maklumat menggunakan perkataan yang betul untuk hasil carian yang lebih meluas dan tepat pada laman web perpustakaan awam menggunakan OPAC.