1)Permohonan ke IPTA - Lepasan STPM
TARIKH : 15 MAC 2018 MASA : 2.30 - 3.30 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Mengisi permohonan ke IPTA untuk lepasan STPM dan memilih kursus bersesuaian dengan keputusan yang diperolehi.
AKTIVITI
Peserta mencipta akaun terlebih dahulu dengan memasukkan no pin UPU yang dibeli di BSN. Kemudian memasukkan keputusan STPM yang diperolehi untuk menyemak kelayakan ke IPTA. Seterusnya, peserta membuat pilihan IPTA yang bersesuaian dengan keputusan STPM.
2)Membuka (Sign Up) Akaun Gmail
TARIKH : 15 MAC 2018 MASA : 12 - 1 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 18 ORANG |
TUJUAN
Memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara membuka akaun Gmail.
AKTIVITI
Kelas ini disertai oleh 18 orang pelajar Giatmara Bachok. Pelajar diajar cara-cara membuka akaun Gmail dan cara-cara menghantar emel serta diberi penjelasan mengenai fungsi Gmail. Peserta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang kelas berlangsung.
3)HARI BERSAMA KOMUNITI PI KG KANDIS
TARIKH : 22 MAC 2018 MASA : 9 - 1 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : SEMUA GOLONGAN KOMUNITI |
TUJUAN
Mengeratkan hubungan antara komuniti, wakil penduduk dan PI Kg Kandis.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Bengkel Asas ICT untuk usahawan & bakal usahawan, Muat turun Aplikasi DASHBOARD KOMUNITI, sukaneka serta cabutan bertuah. Hari Bersama Komuniti ini turut diserikan dengan kehadiran Dato' Dr Illias merangkap Penasihat PI Kg Kandis. Seluruh komuniti memberi kerjasama sepenuhnya dengan hadir dan memberi sokongan kepada program yang dijalankan.
1)Promosi PI1M & E-Waste
TARIKH : 08 FEBRUARI 2018 MASA : 2 - 3 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 20 ORANG |
TUJUAN
Mempromosi fungsi PI1M kepada komuniti sekitar serta memberi penerangan mengenai E-Waste.
AKTIVITI
Petugas menerangkan fungsi PI1M serta aktiviti dan latihan komputer yang diadakan di PI1M. Selain itu, penerangan mengenai e-sisa atau e-waste khusus untuk barangan elektronik seperti telefon bimbit, pengecas dan lain-lain turut diberikan kepada peserta. Malah, peserta digalakkan untuk melupuskan barangan elektronik yang sudah tidak digunakan lagi di PI1M sekitar Bachok.
2)Kelas Asas Komputer (MS WORD) Kerjasama GIATMARA BACHOK Sesi 1
TARIKH : 08 FEBRUARI 2018 MASA : 2 - 3 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 20 ORANG |
TUJUAN
Memberi tunjuk ajar mengenai asas komputer, dimulai dengan asas MS Word.
AKTIVITI
Kelas ini disertai oleh 20 orang pelajar Giatmara Bachok. Pelajar didedahkan dengan asas komputer dan kemudiannya diajar asas MS Word. Peserta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang kelas berlangsung.
3)E-PEMBELAJARAN : Kahoot!
TARIKH : 23 FEBRUARI 2018 MASA : 3 - 4 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Menambah pengetahuan peserta mengenai kemerdekaan negara Malaysia.
AKTIVITI
Kahoot adalah permainan berdasarkan permainan yang membuatkan sesi pembelajaran seronok dan menarik. Peserta telah menyertai kuiz mengenai kemerdekaan Malaysia dan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.
1)Kelas MS Word - Penulisan Resume
Tarikh : 02 & 03 DISEMBER 2017
Masa : 10.30 - 11.30 a.m & 4 - 5 p.m
Lokasi : PI Kg Kandis
Peserta : Lepasan STPM/STAM
********************************************GAMBAR DI SINI**********************************************
TUJUAN / AKTIVITI
Peserta merupakan lepasan STPM/STAM yang sedang mencari kerja dan akan menghadiri temuduga. Oleh itu, peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat resume yang betul serta tips menghadiri temuduga.
2)Latihan Keusahawanan - Kemahiran Keusahawanan
TARIKH : 02 DISEMBER 2017
MASA : 10.30 a.m - 1 p.m
TEMPAT : PI Kg Kandis
Peserta : Belia & Wanita
*********************************************GAMBAR DI SINI**********************************************
TUJUAN / AKTIVITI
Kelas ini diadakan untuk para peserta yang berminat untuk membuat Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah National Occupational Skills Standard. Tenaga pengajar merupakan orang yang berpengalaman dalam membuat portfolio Diploma SKM. Peserta yang menyertai kelas ini adalah seramai 8 orang daripada pelbagai latar belakang pekerjaan.
1)Kelas MS Word - Surat Rasmi
TARIKH : 15 JANUARI 2018 MASA : 4 - 5 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Menaip surat rayuan rasmi ke Kolej Vokasional.
AKTIVITI
Peserta merupakan pelajar Tingkatan 4 dan tidak berjaya untuk kemasukan ke Kolej Vokasional ambilan 2018. Peserta telah membuat surat rayuan rasmi kepada Pengetua Kolej Vokasional. Peserta juga melayari Internet untuk merujuk format surat rayuan rasmi.
2)Kelas Penyediaan Portfolio DKM - NOSS
TARIKH : 20 JANUARI 2018 MASA : 10 AM - 5 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Menunjukkan cara susunan dan penyediaan Portfolio DKM - NOSS.
AKTIVITI
Peserta telah didedahkan dengan penyediaan portfolio secara lengkap dan teliti oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam DKM - NOSS. Selain itu, peserta turut memuat turun borang yang berkaitan di internet serta menggunakan perkhidmatan fotostat dan mencetak untuk aktiviti dokumentasi portfolio mereka.
3)Pengenalan Komputer (Prasekolah)
TARIKH : 25 JANUARI 2018 MASA : 9 - 10 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 12 ORANG |
TUJUAN
Memberi tunjuk ajar kepada pelajar prasekolah mengenai komponen komputer.
AKTIVITI
Sesi latihan ini melibatkan pelajar prasekolah dari Tadika Intelek Bistari iaitu seramai 12 orang. Kelas ini diadakan 2 sesi dan setiap sesi adalah selama 30 minit. Peserta telah diajar mengenali peralatan komputer dan dibawa melawat sekitar Pusat Internet Kg Kandis. Kemudian, sesi soal jawab berlangsung untuk menguji kefahaman pelajar mengenai peralatan komputer.
1)Permohonan Kemasukan ke ILKBS Sesi Januari 2018
Tarikh : 02 NOVEMBER 2017
Masa : 10.46 - 11.46 a.m
Lokasi : PI Kg Kandis
Peserta : Lepasan SPM/STPM
***********************************************GAMBAR DI SINI**************************************************
TUJUAN / AKTIVITI
Peserta diberi panduan mengisi permohonan berdasarkan keputusan peperiksaan. Pada masa yang sama, memilih kursus bersesuaian dengan syarat-syarat yang diberikan.
2)Kelas Komputer kerjasama GIATMARA Bachok (Sesi Nov 2017)
Tarikh : 02 NOVEMBER 2017
Masa : 12.00 - 1 p.m
Lokasi : PI Kg Kandis
Peserta : Pelajar GIATMARA Bachok
*****************************************GAMBAR DI SINI********************************************************
TUJUAN / AKTIVITI
Kelas komputer pada sesi ini memfokuskan pada MS Powerpoint. Peserta diajar asas MS Powerpoint seperti memasukkan gambar ke dalam slide dan ditunjukkan design slide yang ada. Selain itu, peserta diberi tajuk khusus untuk membuat slide presentation.
3)Asas MS Word
Tarikh : 04 NOVEMBER 2017
Masa : 2.50 - 3.50 p.m
Lokasi : PI Kg Kandis
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
*****************************************GAMBAR DI SINI********************************************************
TUJUAN / AKTIVITI
Peserta diajar cara menggunakan MS Word. Antara yang diajar adalah cara memasukkan gambar ke dalam MS Word.