TARIKH : 05 OKTOBER 2019 MASA : 11 AM - 12 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melatih peserta mencari maklumat dengan tepat dan optimun di laman web portal berdasarkan soalan yang diberikan.
AKTIVITI
Peserta mencari jawapan di laman web portal Pusat Internet dan menjawab semua soalan dalam masa yang diberikan.
TARIKH : 4 OKTOBER 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi latihan ICT iaitu asas MS Powerpoint kepada peserta yang merupakan wanita.
AKTIVITI
Peserta diajar mengenali fungsi MS Powerpoint dan diberi latihan supaya mahir menggunakan fungsi dan menu di MS Powerpoint.
1)Latihan MS Word - Insert Shapes & Artword
TARIKH : 02 OGOS 2019 MASA : 11 AM - 12 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melatih peserta memasukkan bentuk dan memilih bentuk perkataan yang dikehendaki semasa membuat latihan MS Word.
AKTIVITI
Peserta diajar mengenai cara memasukkan bentuk serta memilih bentuk perkataan yang sesuai untuk membuat poster. Bentuk yang dipilih adalah yang jarang digunakan agar peserta tahu kewujudan bentuk-bentuk lain selain daripada segi empat, bulat, segi tiga dan lain-lain,
2)Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan 2019
TARIKH : 22 OGOS 2019 MASA : 9 AM - 1 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 110 ORANG (SEMUA GOLONGAN) |
TUJUAN
Merupakan program tahunan kedua PI Kg Kandis, Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan 2019 ini memfokuskan kelestarian PI sebagai pusat ICT dan kesihatan, merapatkan hubungan dan kerjasama PI dengan komuniti setempat, Agensi Kerajaan/Swasta, MPKK, NGO, sekaligus mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari program adalah pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Kandis & KOSPEN, demontrasi menggosok gigi dan pameran penjagaan kesihatan pergigian oleh Klinik Pergigian Bachok, semakan dan pendaftaran i-Suri oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pertandingan mewarna, kuiz Klik Dengan Bijak, kuiz ICT Amalan Hidup Sihat, kuiz perkakasan komputer, sukaneka kupas kulit buah epal dan menyusun puzzle. Program juga turut diserikan dengan cabutan bertuah.
1)Peperiksaan Online SPA - Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
TARIKH : 06 SEPTEMBER 2019 MASA : 10 AM - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Menjawab peperiksaan atas talian SPA adalah langkah pertama sebelum calon dipanggil temuduga untuk jawatan yang dimohon di Portal SPA.
AKTIVITI
Peserta menjawab soalan kira-kira dan pengetahuan bahasa Inggeris dalam masa 1 jam yang ditetapkan.
2)Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Bachok
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2019 MASA : 8.30 AM - 1.00 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : SEMUA GOLONGAN |
TUJUAN
Memberi pendedahan dan penerangan kepada ahli MPKK mengenai inisiatif kerajaan seperti program eKasih, iSuri, Mysalam, siaran TV digital myfreeview dan sebagainya.
AKTIVITI
Taklimat diberikan oleh wakil setiap agensi seperti JPP, SKMM, Great Eastern Takaful, KWSP dan lain-lain. Peserta turut diberikan peluang untuk bertanyakan soalan.
1)Asas MS Word - Pelajar Sekolah Menengah
TARIKH : 05 - 06 JULAI 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi dan kegunaan MS Word terutamanya dalam membuat kerja kursus tingkatan.
AKTIVITI
Peserta diajar mengenai fungsi MS Word dan diberi peluang untuk menggunakan fungsi ketika di dalam kelas. Peserta turut diajar menaip menggunakan Notepad selain diberi latihan menaip.
2)MS Powerpoint - Slide Presentation
TARIKH : 12 JULAI 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melihat dan mengukur kefahaman pelajar dalam menghasilkan slide presentation menggunakan MS Powerpoint.
AKTIVITI
Peserta diberikan latihan dengan tajuk yang sesuai kemudiannya mereka dikehendaki menghasilkan slide presentation yang mengandungi 10 slide lengkap dengan gambar, animation, transition serta bunyi.
3)MS Excel - Asas Pengiraan (Operasi Tambah)
TARIKH : 20 JULAI 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Membiasakan peserta dengan fungsi dan menu MS Excel.
AKTIVITI
Peserta diajar mengenai fungsi MS Excel dan diberikan lembaran kerja untuk penerangan sesuatu fungsi. Peserta juga bertanyakan soalan sekiranya tidak faham fungsi/menu di dalam MS Excel.