1)Asas MS Powerpoint - Pelajar Sekolah Rendah
TARIKH : 05 JANUARI 2019 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Latihan membuat slide presentation.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai tajuk dan aktiviti yang perlu dibuat. Diberi masa selama sejam untuk menghasilkan slide presentation berdasrkan tajuk yang telah diberikan.
2)Canva - Poster
TARIKH : 07 JANUARI 2019 MASA : 10.15 - 11.15 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Membuat poster untuk kegunaan berniaga dan muatnaik di media sosial sebagai promosi.
AKTIVITI
Peserta telah mendaftar secara percuma di Canva menggunakan emel dan memilih template yang disediakan secara percuma untuk membuat poster. Peserta turut muatnaik gambar untuk diletakkan di dalam poster supaya kelihatan menarik.
3)Program Hari Kesihatan Komuniti Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
TARIKH : 18 JANUARI 2019 MASA : 9 AM - 3.30 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : SEMUA GOLONGAN |
TUJUAN
- 1. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang serta penyakit berkaitan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
- 2. Eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat.
- 3. Meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti.
- 4. Memupuk gaya hidup sihat yang optimum di kalangan komuniti.
AKTIVITI
Pemeriksaan kesihatan berkaitan buah pinggang, Taklimat kesihatan berkenaan kepentingan menjaga buah pinggang serta khidmat saringan pendengaran dan pemeriksaan telinga oleh wakil INNOHEAR Pantai Timur.
1)Program JOM SIHAT bersama PI Kandis
TARIKH : 15 DISEMBER 2018 MASA : 8 AM - 1 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : SEMUA GOLONGAN |
TUJUAN
- 1. Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat
- 2. Eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat
- 3. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
AKTIVITI
Senamrobik, Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Kandis, Taklimat Kesihatan oleh Dr Ili Aswani, Demonstrasi Penyediaan Makanan Sihat, Kuiz Online KAHOOT, Peraduan Mewarna, Muatnaik Artikel Kesihatan serta Muatnaik Produk Kesihatan di platform Dashboard Komuniti - MyKomuniti dan MyShop.
2)Asas MS Powerpoint
TARIKH : 16 DISEMBER 2018 MASA : 10.15 - 11.15 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Pendedahan kepada Microsoft Office - MS Powerpoint
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai fungsi MS Powerpoint dan diberi tunjuk ajar cara membuat slide presntation.
3)Asas MS Word
TARIKH : 17 DISEMBER 2018 MASA : 11.15 AM - 12.15 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Pendedahan kepada Microsoft Office - MS Word
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai fungsi MS Word dan diberi tunjuk ajar cara membuat resume.
1)Latihan Asas E Rezeki
TARIKH : 04 OKTOBER 2018 MASA : 10.30 AM - 1 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 18 ORANG |
TUJUAN
Pendedahan mengenai menjana pendapatan melalui platform digital E Rezeki oleh MDEC.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai E Rezeki, cara pendaftaran, cara mengisi profil serta platform yang boleh disertai untuk menjana pendapatan berdasarkan pekerjaan yang ditawarkan kepada pengguna.
2)Google Tools - Gmail, G+,Google Photos, Google Map, Google Drive
TARIKH : 04 OKTOBER 2018 MASA : 2 - 3.30 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Pendedahan mengenai fungsi Google Tools kepada pelajar Giatmara Bachok.
AKTIVITI
Peserta diberi pendedahan mengenai fungsi setiap Google Tools seperti Gmail, G+, dan lain-lain dalam memanfaatkan kelebihan teknologi pada masa kini.
1)Kelas MS Word - Bendera Negeri
TARIKH : 05 NOVEMBER 2018 MASA : 10 - 11 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 6 ORANG |
TUJUAN
Melatih pelajar menggunakan fungsi insert table & shapes di MS Word.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai fungsi insert table & shapes dan membuat pelbagai bentuk serta bendera negeri menggunakan fungsi tersebut.
2)E REZEKI NOV 2018
TARIKH : 15 NOVEMBER 2018 MASA : 10.30 AM - 1 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Pendedahan mengenai menjana pendapatan melalui platform digital E Rezeki oleh MDEC.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai E Rezeki, cara pendaftaran, cara mengisi profil serta platform yang boleh disertai untuk menjana pendapatan berdasarkan pekerjaan yang ditawarkan kepada pengguna.
1)Asas MS Word
TARIKH : 06 SEPTEMBER 2018 MASA : 10.30 AM - 1 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 9 ORANG |
TUJUAN
Pendedahan kepada asas komputer kepada pelajar kemahiran Giatmara Bachok.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan mengenai fungsi MS Word dan diperkenalkan dengan kegunaan MS Word. Selain itu, peserta turut diberi hand-out supaya dapat menaip dan membuat petak yang bersesuaian.